Assalamualaikum,
Bismillah, setelah sekian lama aku meninggalkan
dunia blog aku ini akhirnya hari ini tanggal 24 Disember 2014 aku kembali ! Seperti yang sedia maklum, tahun ini aku tersangat sibuk dengan ‘dunia’ SPM.
Jadi nak dijadikan cerita memang peluang untuk mengadap laptop untuk updated
blog ni memang tersangat-sangat tipis. Terlalu sibuk dengan kelas tambahan
pagi, petang, malam, hujung minggu dan boleh dikatakan hidup aku tahun ni
semata-mata untuk spm. Dan Alhamdulillah, setelah 1 tahun 10 bulan I have
struggle for the spm akhirnya spm melabuhkan tirainya pada 3 Disember yang
lalu. Tapi paper aku habis 27 Oktober lagi yang paper last kalau tak silap aku
paper Ekonomi Rumah Tangga. Jadi selepas je spm perangai bermalas-malasan dah
semakin menjadi-jadi. Duduk rumah, spent time dengan family memang perkara yang
tiada tandingan. Ramai member yang dah start kerja, tapi aku? Hihi. Takpe umi
abah aku tak galakkan sangat aku kerja. Katanya duduk rumah je ajar adik kembar
aku masak. Haha. Aku pun apa lagi. Sengih sampai telinga la bila umi abah tak
kisah kalau aku tak kerja. Thankyouuu umi abah!
Jadi dengan niat yang murni dan suci bak sutera,
cewaaaaaah! Aku nak mula balik dengan dunia blog ni. Hari tu ada terfikir nak
close blog ni. Tapi sayang la sebab dah bertahun blog ni hidup tanpa problem
tiba-tiba aku terniat nak close. Choii ! Maafkan saya yee duhai blog ku sayang.
Hihi.
Rasanya dah takda halangan kot aku nak start aktif
balik dalam dunia blog ni. Sebab UPSR dah lepas, PMR dah lepas, SPM pun dah
lepas. Senyum sampai telinga! Hehehehe. InsyaAllah kalau tiada aral yang
melintang aku akan mula balik. Hoih, semangat la pulak. Hahahaha sebenarnya
sejak haritu lagi nak updated blog tapi biasala, bila dah terbiasa dengan
bermalas-malasan ni nak buat sesuatu benda dia lambat bertindak sikit. Hihi.
Overall tahun ni memang tahun yang paling penat! Haha
*tak puas hati* dan dikesempatan ini *biarla lambat pun* aku nak ucapkan
tahniah buat semua batch 1997 yang telah selamat dan berjaya habiskan alam
persekolahan selama 11 tahun, akhirnya kita bebas. Kenikmatnya tak terhingga
kauuuuuu! Haha
Rasanya updated panjang-panjang pun tidak guna. Hahaha
jadi biarla aku berhenti disini dulu. I will updated more soon. Chaw!
1 ulasan:
alhamdulillah... spm dah habes. samalaa kita~ hehehe. btw, cute bloge. good luck k~
Catat Ulasan