Dah nak raya! Jom buat biskut!

Assalamualaikum!

Hi Peeps :) Kamu apa khabar? hihi. I'm fine thankyou *baru sembuh dari demam:')* Pejam celik pejam celik lagi 2 minggu kita nak raya kan. Haaaa semua dah beli baju raya ke? Oh dah? Untunglha. Sebab saya tak beli lagi :( hehe. Apepun semangat nak beraya tetap berkobar-kobar. hohoho. Sebenarnya tahun ni tak se-excited dulu :3 Mungkin faktor *umur* ehh ? ==" Aku tengok along aku tu bukan main lagi semangat nak raya. Hmm, entah bagaikan ada yang kurang :') Nvrm.

Oh ye. Biskut raya dah buat ke? Ke main cap tunjuk dalam pasaraya jee -.- haha. Tak seronok macam tu! Apa kata raya tahun ni korang buat biskut raya sendiri! Aku boleh gerenti mesti sedap punyaaaaaa XD Tak cuba tak tahu. hihi

Biskut raya Daya? Haaaaa memandangkan ini first year aku bergelar pelajar katering. So haruslha buat! Tapi mungkin buat tak banyak kot :O Sebab kakitangan tak cukup -.- Adik-adik aku bukannya boleh diharapkan pun. Lain aku suruh lain yang dia buat. So baik aku buat SEMUANYA sendiri! Okayy SENDIRI ! -3-

Hmm. Along suka biskut coklat chips. Haa yang tu wajib ada :/ Abang Faiz suka yang kurang coklat so aku buat Biskut Marvelles *sendiri punya nama biskut -.-* yang disaluti dengan coklat putih :D Abang Oyeh suka rasa yang tajam. Maybe for him I baked biskut badam :) Haaaaa. Ummi and Abah suka semua jenis masakan aku :') Bangganya mereka ada anak yang bakal jadi chef ni :'3 hohoho. *perasan tahap biawak*

Ummi ada plan nak buat Open house raya ke-3. Hmm jadi kot. Aku nak jemput semua minah-minah gengster kelas aku datang rumah xD haha! Yang penting Asiah,Afifah,Atikah and Ainon dijemput :') Heee. Mybe, saya akan baut mini muffin untuk open house itu hari :) Huuuuuuuu can't wait for it!

Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh! Kuatnya aku nak buat semua tuuu ==" Dahlhaa adik-adik abang-abang aku tunggu nak sentap aku punya biskut/kek jee ! Ni takleh jadi! Aku kena buat sesuatu. Hmm. haha. Upah Along kerja dengan aku lhaa. Lepas tu ummi bayar ;D Cantik idea aku! hoho. Nasib baik Along cuti semester sekarang nih. haha kalau tak mati aku kena buat semua kerja tuu. hooooooooooooo.

Okayylha. Meh aku kongsi satu resepi mudah untuk buat biskut coklat chips ni :D Gerenti sedap sampai leleh -.- hahaha. Tak boleh blah huraian belakang tu. Okayy. Ni resepi yang very simple but nice. Cuma korang kena tekankan bahagian tekniknya yee :) so here we go.



Bahan-bahan :
120g Tepung Gandum
100g Lemak
25g Gula Perang
1/4 Esen Vanilla
60g Coklat Chips
60g Badam Cincang *option*

Cara-cara :
1> Putar lemak dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanilla kemudian putar sekejap.
2> Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil putar. Kacau hingga sebati.
3> Kemudian masukkan coklat chips dan badam cincang. Sudukan adunan bickut coklat chips ke atas dulang pembakar dan kemudian bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.

Nota kaki :
1. Resepi ni memang tak gunakan telur. Adunan ni memang pekat dan tidak boleh dijadikan doh.
2. Ini rahsia untuk buat biskut korang jadi rangup : Semasa kacau sebati di step 2 tu. Korang gunakan sudu logam. Dan kacau dalam bentuk nombor 8. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan udara yang ada dalam adunan tadi tu keluar. Dan putar manual yee. hee.
3. Okayy kaedah sudukan adunan tu digunakan sebab adunan tadi tu agak pekat dan tidak boleh dibentuk. Jadi kaedah sudukan tu bertujuan untuk anggarkan kuantiti sekeping biskut untuk dibakar.

Jadi mudahkan :D try lha. Korang takkan menyesal ^^ So, Kalau ada apa-apa soalan berkenaan dengan resepi di atas. Anda boleh komen di bawah atau mention saya di Twitter -> SINI . Okayy ! Selamat mencuba!


1 ulasan:

Unknown berkata...

tq atas resepi ni..nant k.t cuba...:)