16 Disember - Dato K suami kepada datuk siti nurhaliza akan dibedah esok pada bahagian belakang kerana terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu.
Dato K masih lagi berada di New Zealand dan akan melakukan pembedahan itu di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.
Anak ketiga Dato K, Muhammad Asyraf berkata:
"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.
"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah
cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun,
saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke
sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya
Dato K Kemalangan - Motorsikal Harley Davidson Terbabas
Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang
ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam
kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia.
Datuk Siti Nurhaliza Selamat Tiba Di New Zealand
Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya Muhammad Adib
dan Muhammad Aazief dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan
berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu
kira kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu
New Zealand).
credit to | djdanchef
Tiada ulasan:
Catat Ulasan