3 Tip Diet Sihat Untuk Remaja Perempuan
Menurut Jason Falson dalam artikel beliau ‘Dieting for Teenagers’, terdapat 5 tip diet sihat yang boleh digunakan oleh para remaja hari ini, bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam pengambilan pil yang merbahaya.
Membetulkan mindset
Jangan menganggap diri kita sedang diet. Anggap ia sebagai gaya hidup baru, bagi menjadikan tubuh badan kita kelihatan ramping, cantik dan menawan. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, apabila kita mempunyai mindset ingin diet, secara tidak langsung ia akan menggagalkan rancangan kita untuk menurunkan berat badan.
Banyakkan bersenam
Elakkan daripada melakukan senaman yang berat. Sebagai contoh, kita boleh mengambil masa di waktu pagi atau petang, untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah atau taman. Mengikut pakar kesihatan, apa yang paling penting adalah tubuh badan kita dapat mengeluarkan peluh.
Latih diri untuk makan salad
Jason Falson menyarankan agar para remaja biasakan diri untuk mengambil sayur-sayuran, seperti salad setiap hari. Salad dapat membantu kita dalam proses menurunkan berat badan. Ini kerana pengambilan salad sebagai makanan harian dapat membantu kita, untuk kekal bertenaga sepanjang hari .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan