Assalamualaikum 2017. Masih belum terlambat lagikan untuk ucapkan tahun baru? hihi Okay ini merupakan entry pertama sempena tahun 2017 ini. Dah lama rasanya sejak aku meninggalkan dunia blogging ni. Dah lama sebenarnya terdetik dihati nak mula balik tapi masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah hari ini aku mencuri sedikit masa untuk post entry pertama tahun ni. hehehe rindu sangat dekat kawan kawan blogger! Dulu selalu mengadap laptop buat entry je, Tapi sejak sambung belajar dekat Langkawi 2 tahun lepas terus tinggal dunia blog. Maklumlah tempat belajar pulak dekat pulau line internet pun hidup segan mati tak mau gituuuu. huhu
By the way, Alhamdulillah pada bulan 11 tahun lepas (2016) aku dengan secara rasminya sudah menamatkan pengajian aku pada peringkat sijil di Langkawi Tourism Academy@KK Langkawi. Syukur sangat. Sekarang aku rehat rehat je dekat rumah tunggu untuk sambung belajar balik di peringkat diploma di Kolej Komuniti Kuantan. InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah sambung belajar dekat situ. InsyaAllah doa-doakan yee.
Okay dah beberapa hari aku fikirkan untuk mula tajuk baru dekat blog aku ni. Aku ingat lepas ni nak buat entry resepi masakan yang simple ringkas&sedap. Sudah tentu resepi sendiri. Taknak ciplak ciplak. hehe mungkin akan ada resepi yang sama dengan korang biasa buat tapi kita tengok nanti cara aku pulak.
Sebagai student aku tahu sangat keinginan nak makan macam-macam bila jauh dari rumah, kan? So bagi yang duduk rumah sewa bolelah follow resepi yang bakal aku dedahkan nanti nohhh. Aku boleh gerenti korang akan puas hati. Kalau tak puas hati, please let me know. huhuhu
Okay please stay tuned for next post guys! Byeeeeeee.