Hi Peeps ! Daya here *wave hands* haha. Hello.Hari ni hari Jumaat :D Alhamdulillah, Allah masih beriku peluang untuk terus hidup di atas muka bumiNya :')
KUATNYA SEORANG PEREMPUAN.
dari seorang wanita
Wanita...
bukanlah seorang yang gagah perkasa,
bukanlah seorang perwira,
bukanlah seorang yang gemar berpura,
jua bukan seorang yang gemar berlakon duka.
Dek kerana hancurnya hati,
mereka mendiamkan diri,
dek kerana tajamnya belati,
mereka merawatnya sendiri.
andai seorang wanita itu terlalu bebas berkata-kata,
maka sang lelaki akan tunduk terpesona.
andai seorang wanita itu bebas meluahkan rasa,
maka sang lelaki bak lembu dicucuk hidungnya.
masih tiadakan kesedaran dalam dirimu,
bahawa si wanita inilah yang menghormatimu,
bahawa si wanita inilah yang menjaga namamu,
bahawa si wanita inilah yang menjulang namamu,
bahawa si wanita inilah yang setia bersamamu.
mendiamkan diri bukan kerana benci,
mendiamkan diri bukan kerana sakit hati,
mendiamkan diri bukan kerana mendendami,
tetapi
kerana berfikir akan buruk tingkahnya
kerana berfikir akan busuk hatinya
kerana berfikir akan kamulah bakal imamnya.
buruk tingkahnya bukan kerana hodoh sifatnya,
tetapi kerana terlalu berat memendam rasa,
busuk hatinya bukan kerana jahat pemikirannya
tetapi kerana terlalu ingin bersama.
dia sang wanita yang terlalu ingin meluahkannya,
betapa pilunya hati pabila disisihkan,
betapa pilunya hati pabila dipersalahkan,
betapa pilunya hati pabila ditinggalkan.
namun hanya kerana perasaan sayang,
dia sembunyikan.
hanya kerana perasaan rindu,
dia diamkan.
hanya kerana perasaan kasih,
dia telan !
kau mungkin melihat dia tersenyum bersahaja,
sedangkan hatinya tersiat meronta-ronta.
kau mungkin melihat dia gembira tak terkata,
sedangkan hatinya sudah sarat memendam rasa.
andai benar wanita harus dlindungi,
mengapa dia dicampak ke tepi.
andai wanita harus disayangi,
mengapa harus dia memendam mimpi ?
kau takkan faham kata hati wanita,
sekalipun kau hidup bersama selamanya.
kau takkan faham perasaan wanita,
sekalipun kau dan dia berkongsi rasa.
lihatlah betapa gagahnya seorang wanita,
mampu menahan pedihnya hati.
perhatikanlah betapa kuatnya seorang wanita,
mampu menutup luka di hati.
supaya ianya tidak terlihat olehmu lelaki,
semoga ianya tidak meresahkan dirimu wahai lelaki,
semoga ianya tidak memakan diri ini.
betapa rasionalnya seorang wanita,
mendiamkan diri walau dipersalahkan,
agar hubungan ini tidak bergelora.
betapa tulusnya hati wanita,
memendam rasa walau ingin diberitakan,
agar engkau tetap rasa dihormati.
supaya engkau rasa kedudukanmu tinggi ,
supaya tiada perasaan rendah diri .
kerana seharusnya engkau seorang pemimpin,
engkau seorang ketua ,
membimbing dan membentuk kami, wanita-wanita .
maka untuk itu, sang wanita meruntuhkan tembok keegoannya
hanya untuk membahagiakanmu , duhai jejaka.
hargailah . :)
supaya engkau rasa kedudukanmu tinggi ,
supaya tiada perasaan rendah diri .
kerana seharusnya engkau seorang pemimpin,
engkau seorang ketua ,
membimbing dan membentuk kami, wanita-wanita .
maka untuk itu, sang wanita meruntuhkan tembok keegoannya
hanya untuk membahagiakanmu , duhai jejaka.
hargailah . :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan