Apakah itu Glitterati Nuffnang ?

Saya dah lama berblogging , hmm rasanya dah 3 tahun . Masa tu , saya baru formOne -,- haha Saya start berblogging pun atas kehendak saya sendiri *ceewah . Lepas tu , saya berjaya hasut kawan saya , Asha untuk join dua-dua kaki :) Tapi , saya tak aktif sangat masa tu sebab formOne tu tengah blurr pasal blog . hohoho :D Lepas tu decided , nak stop dulu . Nak fokus untuk belajar dulu . HAHA , maklum laa . dulu baru-baru masuk sekolah menengah . Tengah seronok nak belajar :) heee .

Lepas tu , formTwo . Daya masih lagi tak aktif . Tapi , ade laa . buka jrang-jarang . Sebab sayang nak tinggal lama-lama :) Dan , tahun nih . Hmm , memang takley fokus seratus peratus laa . sebab daya formThree . So , lebih banyak menghabiskan masa disekolah dan menghadap buku . Memang masa tu , tak fikir benda lain da , yang difikirkan PMR , PMR and PMR !

so sekarang , Alhamdulillah . PMR suda pergi jauh dari hidup saya dan takkan kembali . Oh , InsyaAllah 'dia' akan kembali membawa keputusan ke tangan saya on 22/21/19/25 maybe .Tak pasti lagi . Sekarang , saya menikmati dunia berblogging saya sepuas-puas nyaaa :'D Wihuuuuuuu ! Okayy berhenti mengarut --'

------------------------------------------------------------------------------



           Apakah itu Glitterati Nuffnang ?


semalam ada la saya terbaca pasal satu blog ni dia cakap dia baru dapat status glitterati membership nuffnang. saya pun macam menatang-apa-status-glitterati-ni.kenapa dia seronok? haa.. kan saya dah kata saya memang fail lagi la bab-bab nuffnang ni. saya pun dengan ringan tangannya.. bukan menampo! saya bertanya kepada pemilik blog tu. malu bertanya sesat jalan kan. kalau tak malu jumpa jalan pulang.*saya tak merepek* saya tanya la, "status glitterati tu apa? saya dah dapat lama dah tapi tak tau apa maksudnya pun?" dia pun ada bagitau sedikit sebanyak tentang kelebihan sapa2 yang dapat status glitterati ni. saya pun baru la cam boleh cakap "Ohhh.." tak paham sangat. skit2 ja dan masih tak berpuas hati.. saya pun godek2 la lagi pasal status glitterati ni. baru la paham. baru la rasa macam. fuhh.. bangga jugak saya dah dapat status ni. *baru nak rasa* untuk pengetahuan, Nuffnang glitteri ialah ahli Nuffnanger Eksklusif.

ni saya kongsikan untuk semua.. kepada yang belum tau.. yang dah tau nak baca lagi pun takpa. =)


apakah Nuffnanger Eksklusif?

"Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk mendapat status glitterati ni?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Apakah kelebihan untuk yang berstatus glitterati?

1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.

untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25 manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. ada beza sangat kat situ.Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2. Terma Pembayaran

bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.

3. Peluang Advertorial

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4. Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*

5. Peraduan

memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6. Innit

apa plak innit ni? Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya di khaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

credit to nuffnang