Assalamualaikum . Hari ni saya hanya hendak berkongsi sedikit info :)
Kalau ada yang tidak berpuas hati , harap di maafkan .
Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi.
Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa
jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah..
1)Materialistik
Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang
disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki
yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai
berdikari dan menjaga diri.
2)Queen Control
Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal
semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.
3)Terlalu Pasif
Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan
sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki
seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin
meluahkan keinginannya.
4)Suka Mengeluh Dan Membebel
Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik
membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal
dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki
mudah sekali naik bosan.
5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri
Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh
sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,''saya tambah
gemuk tak?'' atau ''kulit saya nampak gelap kan?'' selalu membuat lelaki
bosan dan merasa jengkel.
6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan
Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural
berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan
berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke
sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama
mendandan diri.
7)Bercerita Tentang Lelaki Lain
Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar
wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang
diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.
1 ulasan:
adusssmmmm terasa terkena di muka sndiri, haha
Catat Ulasan