My Resipi : Mee Goreng Bulatt .

Assalamualaikum , Hey peeps :D hehe , Resipi baru ? takk pun , nih makanan lamaa tapi gaya saya ;) teruja ? Tak ?! Takpee laaa :< Baca laa dulu sayang sayang ku :'> hehehe .
Saya selalu sangad kena masakkan mee/mihun anything untuk abah saya . dan saya selalu dapat komen yang memberangsangkan :D wihiii , sayang abah *muah stepek !

Okayy , you will need ->

Mee *untuk sebungkus .
Bawang putih (potong dadu)
Cili (dipotong ikut suka hati)
Ayam/Daging/Udang/Sotong (dipotong kecik kecik) *anything :)
Tomato (sebiji , potong empat)
Sebarang jenis sayur-sayuran yang anda suka . *sawi/kubis/lobak merah anything :D
Garam
Gula
Kicap (ikut citarasa anda)
Sos chilli/tomato (ikut citarasa anda)
Telur (sebiji) *jika anda suka .
Air suam (1/2 cawan)
Cara-caranya :

1. Sediakan bahan-bahan sebelum mula memasak .
2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
3. Masukkan ayam/daging/udang/sotong . dan kacau . Biarkan dalam hmmm ... 4-5 minit untuk proses lauk itu masak .
4. Masukkan cili dan sayur . kacau . biarkan dalam 2-3 minit .
5. Taruh garam dan gula . kacau lagi .
6. Masukkan air suam , biarkan dalam 2 minit . Kemudian , masukkan sos dan kicap . kacau . Biarkan dalam 2 minit lagi .
7. Bila dah mendidih , pecahkan telur kedalam kuali anda *jika suka, dan kacau , biarkan kuning telur pecah .
8. kemudian masukkan mee. Dan korang kacau sehingga mee korang masak atau tidak keras .
9. Siap ! Sekarang hidangkan :>

Notes : Korang kena rasa TERLEBIH DAHULU masin/manis/tawar kuah tu yee . Jangan terlalu masin dan tidak terlalu tawar :D Dan jika diperah dengan limau nipis lagi best !

Okayy , Itu sajaa . senangkan :D selamat mencuba ;) *kenyit mataa !

Tiada ulasan: