Senyum Pisang .

Just read story di bawah -,-

.Isi Minyak.
 Seorang lelaki berhenti di stesen pam minyak untuk mengisi minyak keretanya . Lelaki itu bibirnya sumbing . Ketika pelayan bertanya berapa banyak dia mahu mengisi minyak , terjadilah dialog seperti di bawah .
LELAKI: Mingyark duplohz .
PELAYAN: Apa dia encik ?
LELAKI: Mingyark duplohz!
PELAYAN: Maaf encik , tak jelaslah . Sekali lagi .
LELAKI: Ming-yark duap-plohz .
PELAYAN: Encik , saya tak fahamlah apa encik cakap (sambil menggarukan kepala)

     Geram dengan kerenah pelayan itu , lelaki bibir sumbing itu lalu menutup sedikit mulutnya dan berkata. ‘Minyak dua puluhlah!’ ‘Laa … baru jelas .kan bagus kalau awak tutup mulut dari awal , masa berckap tadi !’
.Temu duga.
Samad menghadiri sesi temu duga untuk jawatan sebagai penjaga lintasan kereta api . Untuk melihat tahap kecerdasan Samad , si penemu duga pun bertanyakan soalan yang cuba menguji minda Samad .

PENEMU DUGA: Katakan ada dua buah kereta api yang akan melalui rel yang sama serentak pada waktu yang sama , Apa yang akan kamu lakukan ?
SAMAD: Saya akan pindahkan salah satu kereta api itu ke rel yang lain .
PENEMU DUGA: Jika system kawalan untuk  megalihkan rel itu rosak , apa yang akan kamu lakukan ?
SAMAD: Saya akan turun ke rel dan cuba mengalihkannya secara manual .
PENEMU DUGA: Jika kawalan manual juga rosak ?
SAMAD: Saya akan menghubungi stesen terdekat untuk maklumkan keadaan itu .
PENEMU DUGA: Jika talian telefon sedang sibuk dan anda gagal untuk menghubungi stesen tersebut ?
SAMAD:  Saya cari telefon awam .
PENEMU DUGA: Jika telefon awam pun rosak ?
SAMAD: Saya balik rumah . Jemput nenek saya .
PENEMU DUGA: Eh ! Apa hal nak jemput nenek awak pula ?
SAMAD: Hiss encik ! Bolehlah nenek saya lihat macam mana kereta api berlanggar !

.Kuda.
Jiran Aiman dan Airis memberikan dua beradik itu setiap seorang seekor kuda padi sebagai hadiah hari jadi . Aiman dan Airis pun berbincanglah bagaimana nak membezakan kuda padi mereka . Mereka risau , manalah tahu jika tertukar pula kuda padi itu antara satu sama lain .
    ‘’Biar ak potong ekor kuda ak ni . Baru senang nak ingat . Yang ekor pendek ni makna nya kuda akulah ,’’ ujar Aiman .
    Cadangan itu turut disetujui Airis . Namun tak lama kemudian , ekor kuda Airis juga terpotong sama . Sekali lagi mereka berbincang bagaimana cara untuk membezakan kuda mereka .
Akhirnya dua beradik itu sepakat membawa kuda mereka berjumpa seorang pakar kuda untuk mencari perbezaan antara kedua-dua kuda tersebut . Setelah memeriksa kuda-kuda itu , pakar kuda pun berkata: ‘’senang je nak bezakan kuda-kuda kamu ni . Kuda putih biasanya lebih tinggi sedikit daripada kuda berwana hitam !’’
KUDA PUTIH: krn kebdhn tuan kita, hbis kontot da ekor ak ..
KUDA HITAM: ak punya pun dah kontot juga ..

THE END!

Tiada ulasan: