RESEPI BISKUT PERSAHABATAN

Bahan:

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

  Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang
ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.
Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain .

Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk
mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

  Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau
dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula
kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

  Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya ,
tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai
dengan kejujuran dan keikhlasan.

  Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera
persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat
restu dari-Nya .

Tiada ulasan: